LATIHAN
KATA KERJA
KATA
KERJA
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling
sesuai.
1. Nakhoda itu
mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.
A menghulurkan C meletakkan
B melontarkan D melabuhkan
2. Kakak
________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.
A mencapai C menggarap
B menduduki D merangkul
3. Pendaki yang
hilang semasa mendaki Gunung Ledang telah _________ di kawasan hutan tebal di
kaki bukit.
A terjumpa C berjumpa
B dijumpai D menjumpai
4. Pihak
polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A menumbangkan C menewaskan
B menundukkan D menumpaskan
5. Hakisan
tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.
A penghapusan C penerokaan
B pembersihan D pembasmian
6. Pak
Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.
A mengikis C meraut
B menorah D mengupas
7. Anjing
liar itu ________ seketul tulang.
A mengepit C menjamah
B mengonggong D memakan
8.
Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.
A ditipu C ditegur
B disapa D dikunjungi
9. Dagu
datuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
A mencabut C memotong
B mencukur D menggunting
10. Aina dan keluarganya
sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
A melancong C menziarahi
B mendatangi D menemui
11. Beberapa orang
pekerja wanita di restoran menjual sate ________ daging pada lidi sebelum
membakarnya.
A meraut C memasuk
B menjolok D mencucuk
12. Puan Syarifah
seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.
B mempamerkan D mendendangkan
13. Piala kejohanan
pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Kampung
Aman.
A diangkat C dipegang
B disambut D dijulang
14. Sekawan
anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
A menyudu C menyodok
B meminum D mencedok
15. Beberapa buah
gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.
A tergelincir C
terbabas
B tersangkut D tersangkut
16. Mak
Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.
A menenun C
menyirat
B menganyam D menyulam