Monday, March 4, 2013


LATIHAN KATA KERJA
KATA KERJA

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1.         Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.

A menghulurkan                                   C meletakkan
B melontarkan                                      D melabuhkan

2.          Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.

A mencapai                                         C menggarap
B menduduki                                        D merangkul

3.         Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang telah _________ di kawasan hutan tebal di kaki bukit.

A terjumpa                                           C berjumpa
B dijumpai                                           D menjumpai

4.         Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.

A menumbangkan                              C menewaskan
B menundukkan                                  D menumpaskan

5.         Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.

A penghapusan                                    C penerokaan
B pembersihan                                     D pembasmian


6.         Pak Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.

A mengikis                                           C meraut
B menorah                                            D mengupas

7.         Anjing liar itu ________ seketul tulang.

A mengepit                                           C menjamah
B mengonggong                                  D memakan

8.         Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.

A ditipu                                                C ditegur
B disapa                                               D dikunjungi

9.         Dagu datuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.

A mencabut                                         C memotong
B mencukur                                         D menggunting

10.       Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.

A melancong                                        C menziarahi
B mendatangi                                       D menemui

11.       Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.

A meraut                                             C memasuk
B menjolok                                           D mencucuk


12.       Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.

            A menyanyikan                                    C mengalunkan
B mempamerkan                                D mendendangkan

13.       Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Kampung Aman.

A diangkat                                            C dipegang
B disambut                                           D dijulang

14.       Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.

A menyudu                                          C menyodok
B meminum                                         D mencedok

15.       Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.

A tergelincir                                          C terbabas
B tersangkut                                         D tersangkut

16.       Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.

A menenun                                         C menyirat
B menganyam                                    D menyulam

Thursday, December 13, 2012

Buat renungan bersama

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa adalah sesuatu yang keramat bagi yang memahami kepentingan bahasa membangunkan citra berfikir pengucapnya. Bahasa bukan sahaja sebagai alat komunikasi yang sifatnya mekanistik dan arbitrari, tapi ia terkandung pemikiran yang memberi pedoman kepada manusia tentang buruk baik akan sesuatu atau manfaat musibatnya terhadap sesuatu.
Maklumat selanjutnya  sila klik website di bawah...........
http://www.scribd.com/doc/116676261/Memartabatkan-Bahasa-Melayu

Wednesday, December 12, 2012

Kesalahan penggunaan  kata sering berlaku dalan kehidupan seharian kita tidak kira apa jua urusan. Setiap warga yang cintakan bahasa haruslah mengambi berat akan isu ini demi memartabatkan bahasa Melayu dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya. 

Cuba kita perhatikan kesalahan yang sering berlaku kebelakangan ini..................

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/530-kesalahan-tatabahasa/13550-biasakan-yang-betul-betulkan-yang-biasa.html

Ramai antara kita kurang mahir dan berpengalaman dalam menanda Kertas Bahasa Malaysia Penulisan. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan skema pemarkahan kertas penulisan sebagai panduan kepada kita semua.



BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)
10 markah

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA



Cemerlang



9-10

  •  Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan    grafik      / tugasan.
  •  Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerang dan keterangan yang meluas.
  •  Penggunaan kosa kata / kata yang luas dan sesuai dengan bahan grafik / tugasan.
  •  Penggunaan ejaan da tanda baca yang betul.





Baik




7-8

  •  Menggunakan ayat yang gramatis  dan menepati bahan   grafik / tugasan.
  •  Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai  penerang dan keterangan.
  • Penggunan kosa kata / kata yang masih luas dan sesuai dengan bahan grafk / tugasan.
  • Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.




Memuaskan





4-6

  •  Menggunakan ayat tungal tetapi sesuai dengan  bahan grafik / tugasan        
  •  Penggunaan kosa kata / kata yang terhad tetapi masih sesuai dengan bahan grafik / tugasan.
  • Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan yang menjejaskan ayat.




Pencapaian Tahap
Minimum



1-3

  • Ayat masih sesuai / ayat dan kata tidak sesuai atau tdak berkaitan dengan bahan grafik / tugasan.
  • Penggunaan kosa kata / kata yang tidak sesuai dengan bahan grafik / tugasan.
  •  Tidak menguasai kemahiran tanda baca atau ejaan.




BAHAGIAN B (KARANGAN)
30 markah

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA



Cemerlang


24-30

(28-30)

(24-27)


  • Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan.
  • Penggunaan ayat dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tugasan.
  •  Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik.
  •  Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.





Baik


17-23

(20-23)

(17-19)

  • Penggunaan ayat yang gramatis dan bertepatan dengan tema tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tugasan.
  • Pengolahan idea yang baik dengan penyampaian yang jelas dan masih menarik.
  • Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan.





Memuaskan


11-16

(14-16)

(11-13)

  •  Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan menggunakan ayat tunggal yang berkaitan dengan tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad.
  • Pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian yang kurang menarik.
  • Penggunaan ejaan dan tanda baca yang terhad serta terdapat banyak kesalahannya.




Pencapaian Tahap
Minimum


01-10

(06-10)

(01-05)

  • Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak  gramatis / tidak bertepatan dengan tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sangat terhad.
  •  Pengolahan idea tidak jelas / tidak tepat / tidak berkaitan dengan tugasan. Penyampaian yang tidak menarik.
  • Penggunaan ejaan dan tanda baca pada tahap minimum / tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan tanda baca.























BAHAGIAN C (Membuat Ulasan)
20 markah

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA




Cemerlang




18-20

  • Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta masih sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  • Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
  • Pengolahan idea masih menepati tugasan.




Baik

12-17

(15-17)

(12-14)

  • Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta masih sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  • Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
  • Pengolahan idea masih menepati tugasan.




Memuaskan

06-11

(09-11)

(06-08)


  •   Menggunakan ayat mudah serta ringkas berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
  •  Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan terdapat yang kurang sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  • Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
  •  Pengolahan idea kurang menepati tugasan.




Pencapaian Tahap
Minimum




01-05

  • Penggunaan ayat yang tidak gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad / tidak sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  •  Tidak menguasai ejaan dan tanda baca.
  •  Pengolahan idea kurang / tidak menepati tugasan.