Wednesday, December 12, 2012

Ramai antara kita kurang mahir dan berpengalaman dalam menanda Kertas Bahasa Malaysia Penulisan. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan skema pemarkahan kertas penulisan sebagai panduan kepada kita semua.



BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)
10 markah

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA



Cemerlang



9-10

  •  Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan    grafik      / tugasan.
  •  Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerang dan keterangan yang meluas.
  •  Penggunaan kosa kata / kata yang luas dan sesuai dengan bahan grafik / tugasan.
  •  Penggunaan ejaan da tanda baca yang betul.





Baik




7-8

  •  Menggunakan ayat yang gramatis  dan menepati bahan   grafik / tugasan.
  •  Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai  penerang dan keterangan.
  • Penggunan kosa kata / kata yang masih luas dan sesuai dengan bahan grafk / tugasan.
  • Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.




Memuaskan





4-6

  •  Menggunakan ayat tungal tetapi sesuai dengan  bahan grafik / tugasan        
  •  Penggunaan kosa kata / kata yang terhad tetapi masih sesuai dengan bahan grafik / tugasan.
  • Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan yang menjejaskan ayat.




Pencapaian Tahap
Minimum



1-3

  • Ayat masih sesuai / ayat dan kata tidak sesuai atau tdak berkaitan dengan bahan grafik / tugasan.
  • Penggunaan kosa kata / kata yang tidak sesuai dengan bahan grafik / tugasan.
  •  Tidak menguasai kemahiran tanda baca atau ejaan.




BAHAGIAN B (KARANGAN)
30 markah

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA



Cemerlang


24-30

(28-30)

(24-27)


  • Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan.
  • Penggunaan ayat dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tugasan.
  •  Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik.
  •  Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.





Baik


17-23

(20-23)

(17-19)

  • Penggunaan ayat yang gramatis dan bertepatan dengan tema tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tugasan.
  • Pengolahan idea yang baik dengan penyampaian yang jelas dan masih menarik.
  • Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan.





Memuaskan


11-16

(14-16)

(11-13)

  •  Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan menggunakan ayat tunggal yang berkaitan dengan tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad.
  • Pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian yang kurang menarik.
  • Penggunaan ejaan dan tanda baca yang terhad serta terdapat banyak kesalahannya.




Pencapaian Tahap
Minimum


01-10

(06-10)

(01-05)

  • Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak  gramatis / tidak bertepatan dengan tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sangat terhad.
  •  Pengolahan idea tidak jelas / tidak tepat / tidak berkaitan dengan tugasan. Penyampaian yang tidak menarik.
  • Penggunaan ejaan dan tanda baca pada tahap minimum / tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan tanda baca.























BAHAGIAN C (Membuat Ulasan)
20 markah

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA




Cemerlang




18-20

  • Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta masih sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  • Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
  • Pengolahan idea masih menepati tugasan.




Baik

12-17

(15-17)

(12-14)

  • Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta masih sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  • Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
  • Pengolahan idea masih menepati tugasan.




Memuaskan

06-11

(09-11)

(06-08)


  •   Menggunakan ayat mudah serta ringkas berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
  •  Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan terdapat yang kurang sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  • Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
  •  Pengolahan idea kurang menepati tugasan.




Pencapaian Tahap
Minimum




01-05

  • Penggunaan ayat yang tidak gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad / tidak sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  •  Tidak menguasai ejaan dan tanda baca.
  •  Pengolahan idea kurang / tidak menepati tugasan.



No comments:

Post a Comment