Thursday, December 13, 2012

Buat renungan bersama

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa adalah sesuatu yang keramat bagi yang memahami kepentingan bahasa membangunkan citra berfikir pengucapnya. Bahasa bukan sahaja sebagai alat komunikasi yang sifatnya mekanistik dan arbitrari, tapi ia terkandung pemikiran yang memberi pedoman kepada manusia tentang buruk baik akan sesuatu atau manfaat musibatnya terhadap sesuatu.
Maklumat selanjutnya  sila klik website di bawah...........
http://www.scribd.com/doc/116676261/Memartabatkan-Bahasa-Melayu

Wednesday, December 12, 2012

Kesalahan penggunaan  kata sering berlaku dalan kehidupan seharian kita tidak kira apa jua urusan. Setiap warga yang cintakan bahasa haruslah mengambi berat akan isu ini demi memartabatkan bahasa Melayu dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya. 

Cuba kita perhatikan kesalahan yang sering berlaku kebelakangan ini..................

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/530-kesalahan-tatabahasa/13550-biasakan-yang-betul-betulkan-yang-biasa.html

Ramai antara kita kurang mahir dan berpengalaman dalam menanda Kertas Bahasa Malaysia Penulisan. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan skema pemarkahan kertas penulisan sebagai panduan kepada kita semua.



BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)
10 markah

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA



Cemerlang



9-10

  •  Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan    grafik      / tugasan.
  •  Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai penerang dan keterangan yang meluas.
  •  Penggunaan kosa kata / kata yang luas dan sesuai dengan bahan grafik / tugasan.
  •  Penggunaan ejaan da tanda baca yang betul.





Baik




7-8

  •  Menggunakan ayat yang gramatis  dan menepati bahan   grafik / tugasan.
  •  Setiap ayat ada subjek dan predikat serta mempunyai  penerang dan keterangan.
  • Penggunan kosa kata / kata yang masih luas dan sesuai dengan bahan grafk / tugasan.
  • Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.




Memuaskan





4-6

  •  Menggunakan ayat tungal tetapi sesuai dengan  bahan grafik / tugasan        
  •  Penggunaan kosa kata / kata yang terhad tetapi masih sesuai dengan bahan grafik / tugasan.
  • Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan yang menjejaskan ayat.




Pencapaian Tahap
Minimum



1-3

  • Ayat masih sesuai / ayat dan kata tidak sesuai atau tdak berkaitan dengan bahan grafik / tugasan.
  • Penggunaan kosa kata / kata yang tidak sesuai dengan bahan grafik / tugasan.
  •  Tidak menguasai kemahiran tanda baca atau ejaan.




BAHAGIAN B (KARANGAN)
30 markah

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA



Cemerlang


24-30

(28-30)

(24-27)


  • Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tugasan.
  • Penggunaan ayat dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tugasan.
  •  Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas, tersusun dan menarik.
  •  Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.





Baik


17-23

(20-23)

(17-19)

  • Penggunaan ayat yang gramatis dan bertepatan dengan tema tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tugasan.
  • Pengolahan idea yang baik dengan penyampaian yang jelas dan masih menarik.
  • Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan.





Memuaskan


11-16

(14-16)

(11-13)

  •  Penggunaan ayat yang kurang gramatis dan menggunakan ayat tunggal yang berkaitan dengan tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad.
  • Pengolahan idea yang mudah dan ringkas dengan penyampaian yang kurang menarik.
  • Penggunaan ejaan dan tanda baca yang terhad serta terdapat banyak kesalahannya.




Pencapaian Tahap
Minimum


01-10

(06-10)

(01-05)

  • Penggunaan ayat tunggal tetapi tidak  gramatis / tidak bertepatan dengan tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sangat terhad.
  •  Pengolahan idea tidak jelas / tidak tepat / tidak berkaitan dengan tugasan. Penyampaian yang tidak menarik.
  • Penggunaan ejaan dan tanda baca pada tahap minimum / tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan tanda baca.























BAHAGIAN C (Membuat Ulasan)
20 markah

PERINGKAT
MARKAH
KRITERIA




Cemerlang




18-20

  • Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta masih sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  • Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
  • Pengolahan idea masih menepati tugasan.




Baik

12-17

(15-17)

(12-14)

  • Menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana serta masih sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  • Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
  • Pengolahan idea masih menepati tugasan.




Memuaskan

06-11

(09-11)

(06-08)


  •   Menggunakan ayat mudah serta ringkas berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
  •  Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan terdapat yang kurang sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  • Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
  •  Pengolahan idea kurang menepati tugasan.




Pencapaian Tahap
Minimum




01-05

  • Penggunaan ayat yang tidak gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad / tidak sesuai dengan bahan rangsangan / tugasan.
  •  Tidak menguasai ejaan dan tanda baca.
  •  Pengolahan idea kurang / tidak menepati tugasan.



Wednesday, December 5, 2012

 Panduan Menjawab Bahagian C Kertas 2 Bahasa Melayu


cara yang mudah untuk mengajar murid lemah

Mulakan dengan..
 
1.  Berdasarkan petikan kita hendaklah......................seperti................

2.  Selain itu, kita perlulah..........................................seperti...........

3.   Di samping itu, kita mestilah.................................seperti ....................

4.  Nilai / Amalan baik / Pengajaran seterusnya. kita patutlah      seperti ....................

5.  Akhir sekali, kita wajarlah ............................seperti .............................


Saturday, December 1, 2012


Betulkan yang biasa , biasakan yang betul . . .

Uji minda anda. . .

1
50 an

50-an

2
ambulans

ambulan

3
atlit

atlet

4
aturcara

atur cara

5
barisan pelatih-pelatih

barisan pelatih

6
bekerja

berkerja

7
bumiputra

bumiputera

8
cahayamata

cahaya mata

9
catitan

catatan

10
enjin

enjen

11
fizikal

fizikel

12
gambarajah

gambar rajah

13
hajjah

hajah

14
hamba-Mu

hambamu

15
ibubapa

ibu bapa

16
insuran

insurans

17
insya-Allah

insyaallah

18
silaturahim

silaturrahim

19
sama ada

samada

20
stesyen

stesen