MESTAMU - salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk mempelajari KOMSAS , khususnya sajak .
MESTAMU atau 'Melagukan Sajak Tanpa Muzik' boleh dilakukan secara berpasangan . Seorang murid akan mendeklamasikan sajak , manakala pasangannya akan melagukan sajak tersebut . Jika bersendirian , kedua-dua teknik itu boleh dilakukan oleh orang yang sama . Irama boleh diadaptasikan daripada lagu-lagu puisi yang sedia ada , ataupun lagu kegemaran murid itu sendiri .
No comments:
Post a Comment